July 23  -  August 14 2016
Run Amok Gallery, Penang

A pair of elephants, departing. An eagle in a tree, yearning to be free. Terrapins with soup-bowl shells, eyeless fish owls, Malaysia as a pair of giant mudskippers.

“Local Fauna (in progress!)” was an exhibition of animal-themed linocut prints by Sharon Chin, produced to accompany writer Zedeck Siew’s short stories about fantastic Southeast Asian flora and fauna. These works explored the ways in which our world is intruded upon by the animal and vegetable, whether it be myth, politics, culture, or the environment.

This exhibition showcased 20 linocuts made during Sharon’s 3-month stint at the Hotel Penaga Artists’ Residency in Georgetown, Penang. It also aimed to document the process of collaboration between Sharon and Zedeck, as they work towards finishing a book – which will comprise 75 stories, each beautifully illustrated.

See all 20 linocut prints here.

~

Sepasang gajah, berjalan pergi. Rajawali terperangkap dalam pokok. Labi-labi yang bercangkerangkan mangkuk, punggok tanpa mata, tanah Malaysia diwaliki ikan belodok.

“Fauna Nusantara (dalam progres!)” ialah pameran seni cetak linocut oleh Sharon Chin. Karya-karya ini dicipta sebagai iringan kepada cerpen-cerpen penulis Zedeck Siew, bertemakan fauna bersifat fantasi yang mungkin wujud di Asia Tenggera. Hasil karya ini meneroka pengaruh dunia haiwan atas dunia manusia, dari segi tradisi mitos, politik, budaya, mahupun isu-isu alam sekitar. Sebanyak 20 karya cetak linocut akan dipamerkan. Karya-karya Sharon ini dihasilkan dalam tempoh Mei – Ogos 2016, di Georgetown, Pulau Pinang, di bawah program Hotel Penaga Artists’ Residency.

Pameran ini juga mendokumentasikan proses kolaboratif antara Sharon dan Zedeck. Mereka sedang menyiapkan sebuah buku, mengumpulkan 75 cerpen, setiap satu diiringi gambar linocut. Beberapa edisi karya cetak linocut ini akan dijual. Hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada kerja menghasilkan buku tersebut.

Lihat semua karya dalam pameran ini.