Mandi Bunga video – Through The Lens

~

Pada 26 Oct 2013, sempena pembukaan Singapore Biennale 2013, saya mempersembahkan ‘Mandi Bunga’ bersama seratus orang di laman depan National Museum Singapore.

Persembahan itu pendek, selesai dalam masa 10 minit. Nasib baik juga, sebab hujan sudah dekat. Saya ingat ada antara penonton yang tanya: Was that it? Itu saja?

Untuk memahami karya ini saya mesti mula dari awal sikit. Kuning, kuning sana situ sini – maklumlah ia merujuk kepada Bersih, iaitu satu gerakan gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Pada masa itu, saya dilarang sebut nama Bersih apabila bercakap dengan media Singapura.

Sebenarnya, karya itu tentang proses membentuk politik peribadi saya, terutamanya melingkari soalan ini: bagaimana individu berhubung dengan kolektif?

01-BERSIH_FairPlay
Poster untuk Bersih2.0 – Sharon Chin

~

Bersih pertama saya adalah Bersih 2.0, pada 9 Julai 2011, dan kali kedua saya turun ke jalan. Kali pertama pada 2009, untuk protes menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (anti-ISA).

Beberapa hari sebelum Bersih 2.0, segolongan aktivis dan penggiat seni muda telah berkumpul di Kelab Bangsar Utama. Kami merancangkan sebuah festival jalanan bernama ‘Yell-OH!’ yang akan berlangsung di Bersih 2.0 – flash mob, aksi kilat, bawa props dan sebagainya. Kami menubuhkan team keselamatan, team scouting dan team info. Akhirnya, semua tidak jadi. Sampai sahaja di tempat berkumpul, suasana terus huru hara, kucar kacir. We couldn’t even find each other.

Bagi saya itu satu pengajaran – protes bukan sesuatu yang ikut jadual atau arahan. Ia spontan dan organik, bagaikan sebatang sungai: apabila air pasang, kita harus peka kepada arusnya, kita adalah sebahagian daripada arusnya. Arus itulah yang dimaksudkan ‘people power’. Dan kita harus mempersoalkan mereka (termasuk kita sendiri) yang ingin kawal arus itu. Ke manakah mereka hendak arahkan kuasa itu? If you try to control something, you are no longer part of it. You become something else.

Bersih 2.0 dan Occupy Dataran yang mengikutinya beberapa minggu kemudian memberi kesan yang besar pada saya. Saya seperti dilanda krisis persoalan peribadi.

04 OccupyDataran
Occupy Dataran – Loyar Burok

~

Antara branding atau mesej yang didorong oleh Bersih adalah ia suatu gerakan rakyat, a people’s movement. Tetapi rakyat tidak pernah terlibat dalam proses membuat apa-apa keputusan. Masa menyertai Bersih 2.0, saya ujar kepada diri sendiri: saya akan jadi sebuah nombor, satu lagi tambahan pada barisan perjuangan. Tetapi selepas itu, saya sedar, itu tidak cukup bagi saya. Untuk apa dan siapa saya sanggup jadi sebuah nombor? Demi Dato’ Ambiga? Demi Bersih? Saya tahu saya hanya pengikut, tapi tidak pasti apa yang diikuti!

Masa itu, saya tidak tahu asal-usul Bersih: bahawa ia dibentuk sebagai satu gabungan rapat antara parti politik pembangkang dan NGO. Ada ramai yang anggap gerakan Bersih direbut oleh politikus, tetapi, sepertimana seorang sahabat wartawan pernah sebut: lebih tepat kalau kata rakyat yang merebut Bersih daripada agenda politikus dan pemimpin-pemimpin NGO!

Selain Bersih2.0 dan Occupy Dataran, saya juga ikuti perkembangan Occupy Wall Street, yang bermula pada 17 Sept 2011 dan akhirnya dipaksa keluar dari Zuccotti Park pada 15 Nov 2011.

08 OWS
Occupy Wall Street – Photo: Brendan McDermid, Reuters

~

Antara tulisan tentang Occupy Wall Street yang sangat memberangsangkan saya pada masa itu dihasilkan oleh Quinn Norton, seorang wartawan independen di Amerika Syarikat. Apabila dia cerita tentang Mohamad Bouazizi, saya rasa itu kunci kepada soalan-soalan yang buat saya sangat kacau selepas Bersih 2.0.

Mohamad Bouazizi seorang penjual buah-buahan di Tunisia. Beliau ditindas dan dikasari oleh pegawai tempatan yang merampas harta barangnya. Pada 17 Dec 2010, beliau membubuh api pada diri sendirinya dan terbakar sehingga meninggal dunia. Perbuatan itu cetuskan revolusi di Tunisia dan Arab Spring di negara-negara timur tengah. Ini pula jadi pemangkin kepada gerakan 15-M di Spain, Occupy Dataran di Malaysia, Occupy Wall Street di New York dan sebagainya. Quinn Norton gelar Bouazizi seorang wira. Katanya: ‘Tiada siapa di dunia ini yang tidak disentuh oleh api yang dinyalakan Bouazizi.’ There is no one in the world who has not been touched by his fire.

09 Bouazizi_stamp
Setem rasmi mengingati Mohamed Bouazizi

~

Dari itu, saya bentuk satu hujah: Individu sesuatu yang murni. The individual is sacred. Hanya individu yang mampu bertindak seperti Mohamad Bouazizi, dan tindakannya dapat mengubah dunia.

Di dunia ini, ada yang ikut, ada yang mendahului, tetapi kita tidak boleh melihat orang lain atau diri kita sebagai ‘just a number’. Itu adalah logik kapitalisme, juga logik politikus profesional. Bagi saya, jalan itu adalah jalan buntu.

14 Dispossessed 1974
Kulit depan The Dispossessed oleh Ursula K. Le Guin

~

Pada tahun yang sama, saya baca The Dispossessed oleh Ursula K. Le Guin, cerita science-fiction tentang masyarakat anarkis di Annares, sebuah planet kecil yang dekat dengan Urras, atau bumi. This book changed my life. Ia mengambil soalan saya tentang kelas, revolusi, autonomi, hiraki, kesetiaan, kebebasan, tanggungjawab, dan baginya bentuk yang jelas dan nyata, yang saya boleh pegang.

For we each of us deserve everything, every luxury that was ever piled in the tombs of the dead kings, and we each of us deserve nothing, not a mouthful of bread in hunger. Have we not eaten while another starved? Will you punish us for that? Will you reward us for the virtue of starving while others ate? No man earns punishment, no man earns reward. Free your mind of the idea of deserving, the idea of earning, and you will begin to be able to think.

Maklumlah setiap kita layak memperoleh segala-galanya, semua barangan mewah yang pernah terunggun di dalam makam-makam diraja, dan setiap kita tidak layak menerima apa-apa, walaupun sesuap roti dalam kelaparan. Tidakkah kita pernah isikan perut ketika orang lain kebuluran?  Akan kamu menghukum itu? Akan kamu mengganjar kami yang sanggup kebulur ketika orang lain mengisikan perutnya? Tiada siapa yang layak dihukum, tiada siapa yang layak diganjar. Bebaskan mindamu daripada idea kelayakan, idea keperolehan, dan kamu akan mula boleh berfikir.

~

Change is freedom, change is life.

Those who build walls are their own prisoners. I’m going to go fulfil my proper function in the social organism. I’m going to go unbuild walls.

Perubahan adalah kebebasan, perubahan adalah kehidupan.

Mereka yang membina tembok menjadi tawanannya sendiri. Aku akan pergi tunaikan perananku yang wajar di dalam organisma social. Aku akan pergi turunkan tembok.

~

The individual cannot bargain with the State. The State recognizes no coinage but power: and it issues the coins itself.

Individu tidak boleh tawar-menawar dengan Negara. Negara tidak mengenal mata wang selain kuasa: dan ia sendiri mengeluarkan mata wang itu.

~

The thing about working with time, instead of against it, he thought, is that it is not wasted. Even pain counts.

Ertinya bekerja dengan masa, bukan mengejar masa, dia fikir, adalah masa itu tidak disia-siakan. Malah kesengsaraan pun bererti.

~

You cannot buy the revolution. You cannot make the revolution. You can only be the revolution. It is in your spirit, or it is nowhere.

Kamu tidak boleh membelikan revolusi. Kamu tidak boleh membuatkan revolusi. Kamu hanya boleh menjadi revolusi. Revolusi berada di dalam semangatmu, atau tidak berada di mana-mana.

Kita mencapai politik peribadi kita dengan pelbagai cara. Ada melalui musik punk, teori, parti politik, atau NGO. Politik saya – seorang budak kelas menengah yang membesar di pusat membeli-belah – ditempa di simpang antara protes jalanan dan buku cerita.

Dengan itu, seni jadi landasan atau makmal di mana saya dapat menguji, menyatakan dan menerangkan politik itu.

Sin Chew Daily, 29 April 2012
Sin Chew Daily, 29 April 2012

~

Sebelum sampai di Mandi Bunga, ada pula Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Kali ini saya buat dan pakai baju kuning yang dihias berpuluh-puluh bunga kuning. Saya ada ura-ura bagi bunga itu kepada orang ramai pada hari itu. Tetapi sebelum sempat buat, pemerintah menyerang rakyatnya dengan gas pemedih. Walaupun tidak dapat dilaksanakan, aksi itu mencerminkan perkembangan politik peribadi saya – saya mengambil bahagian sebagai seorang individu, bukan sebagai pengikut. Semua soalan, ketidakpastian dan pegangan sendiri dibawa ke jalan raya dan dikongsikan bersama mereka yang ada di sana.

03 workshop_1
Bengkel Mandi Bunga

~

Seperti apa yang dikatakan, apa yang disaksikan oleh penonton Mandi Bunga cuma beberapa minit saja. Mereka tidak lihat proses yang membentuk persembahan akhir itu. Kerja sebenar adalah dalam proses.

Sepanjang dua minggu, saya buat bengkel dengan tiap-tiap sukarelawan yang terlibat dalam Mandi Bunga. Mereka menghiasi sarong kuning yang akan dipakai dalam persembahan nanti. Saya minta mereka melukis bentuk minda sendiri, dan penuhkan bentuk itu dengan motif daun, limau dan bunga – iaitu bahan-bahan yang digunakan untuk mandi bunga.

Proses ini merupakan persiapan mental, dan memberi peluang kepada setiap orang untuk fikir dan renung tentang apa yang akan dibuat bersama-sama nanti. Apa motivasinya, apa kegentaran atau soalannya, apa maknanya simbol dan upacara ini, dan apa hubungan peribadinya dengan semua ini.

zine02_03_teargas_web
Zine Mandi Bunga

~

Apabila mereka tanya: kenapa warna kuning? Saya jawab dengan terus-terang tentang Bersih dan politik saya. Saya juga hasilkan satu zine yang menjelaskan tujuan dan pendirian saya, yang dibagi percuma pada hari persembahan.

Akhirnya, walaupun secara rasmi saya dilarang sebut nama Bersih, saya tetap dapat sampaikan mesej saya dengan terus, tanpa melalui arus media yang begitu disekat dan dikawal bukan sahaja di Malaysia, Singapura, dan negara ASEAN, tetapi di seluruh dunia.

Pada dasarnya, Mandi Bunga tanya tiga soalan:

What does it mean to do something alone?

Apa ertinya bertindak berseorangan?

What does it mean to do something together?

Apa ertinya bertindak bersama atau secara kolektif?

How can we be ourselves with others?

Bagaimana kita boleh kekal diri kita apabila bersama dengan orang lain?

——–

I’ll be showing a series of jackets that chart the development of my politics in Between States, an exhibition curated by Goh Sze Ying, 21 Sept – 7 Oct at Our Art Projects. The one below is about Bersih and Mandi Bunga:

jacket_bersih01