sesisemuka_4Mar2017

I’ll be chatting with performance artist, writer and curator Intan Rafiza about ‘Mandi Bunga‘, my 2013 collaborative performance where I bathed in public with a hundred people.

We’ll talk about:

  •  Observing and taking part in protest movements (focusing on Bersih 2.0 and 3.0 and other mass movements worldwide around 2011 – 2012)
  • The importance the individual person in collective action
  • Politics, performance art and beauty

Also! A sewing and silkscreening workshop by Bogus Merchandise at 2.30pm

And! A screening of Hishamudin Rais’s film ‘Dari Jemapoh Ke Manchestee’ at 6:30pm, followed by discussion at 9:00pm.

Sesi Semuka (Face-to-Face) with SHARON CHIN

SAT, 4 March 2017, 5.15pm

Kelab Bangsar Utama

 

~

Sesi semuka bersama SHARON CHIN

Karya Seni Pertunjukkan (performance art) : Mandi Bunga, Singapore Biennale 2013

Moderator: Intan Rafiza

Sabtu | 4 March 2017 | 5.15 petang

Semua dijemput hadir!

+ Sesi Semuka adalah satu bicara seni pertunjukkan (performance art) yang menjemput pengkarya seni yang pernah merealiasasikan karya di ruang awam dalam menyatakan dan memberi pandangan dari sudut politikal, kritikan sosial, budaya dan isu semasa dan menggunakan seni sebagai medium untuk interaksi dengan orang awam secara langsung.

+ Kali ini Sesi Semuka menjemput Sharon Chin, seorang pengkarya yang aktif dalam seni pertunjukkan (performance art) dan banyak merespon juga berkongsi pandangan seni beliau berkenaan pergerakan politik Malaysia dan kritikan sosial dalam menengahkan kreativiti beliau di peringkatan tempatan dan juga antarabangsa. Sharon Chin akan berkongsi sama tentang seni pertunjukkan (performance art) beliau yang telah berlangsung di Singapore Biennale 2013.

+ Menjejaki semula karya ‘Mandi Bunga’ yang secara makna ritualnya adalah satu aktiviti tradisi pembersihan jiwa dan tubuh bagi beberapa budaya juga kepercayaan, dan dalam masa yang sama Sharon merespon kepada perhimpunan Bersih (gabungan pilihanraya bersih dan adil) yang memberi impak kepada rakyat melaysia tentang hak kebebasan bersuara di ruang awam dan makna demokrasi. Selain daripada itu juga, Sesi Semuka turut memberi ruang kepada orang awam untuk mengetahui lebih lanjut tentang seni pertunjukkan (performance art) melalui soal-jawab bersama perkarya dan bagaimana medium seni ini berkongsi kreativiti melangkaui ruang galeri dengan pandangan yang lebih kritikal dan komunikatif dengan orang awam.

Tentang Sharon:

Sharon Chin adalah seorang perkarya multi displin yang aktif dalam berkarya dan merespon hal-hal semasa dan kontemporari. Telah mengadakan pameran secara berkumpulan dan juga pameran solo dari 2005 sehinggalah yang terkini pameran solo beliau adalah di Run Amok, Penang,‘Local Fauna (in progress!): Linocut Prints by Sharon Chin’ pada 2016. Selain aktif di arena seni tempatan, Sharon turut terlibat dalam pameran, festival dan projek kerjasama di peringkat antarabangsa, ‘BUREIKOUNISURU Malaysia-Japan Video Art Exchange’, Tokyo & Fukuoka , 2009, ’Negaraku Boleh!’, Evil Empire, Singapore pada 2010, ‘Tanah Ayer: Malaysian Stories from the Land’, Selasar Sunaryo Art Space, Bandung, Indonesia , 2011, 8th Asia Pacific Triennial of Contemporary Art, Queensland Art Gallery | Gallery of Modern Art, Australia, 2015. Turut pernah mendapat anugerah, geran seni dan residensi di peringkat tempatan dan antabangsa, diantaranya adalah ; Krishen Jit ASTRO Fund Grant (Malaysia) pada 2007 & 2014, Australian High Commission Visual Arts Residency (Sydney) pada 2007, Interfaith Intercultural Artists Narratives Programme (Birmingham, UK), dan beberapa lagi.